Sunday, January 9, 2011

CUKA KURMA

APA ITU KHAL? 
KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 
KENAPA CUKA DARIPADA BUAH KURMA?
Kebaikan buah kurma disebut sebagai makanan yang dapat mengubati masalah darah, masalah usus, masalah hati, hempedu, lemah jantung, menambahkan air mani, masalah kerongkong dan mulut, menambahkan nutrisi tubuh badan, mematikan kuman (bakteria), masalah migrain dan penawar racun dalam badan yang sangat baik.
Bersabda Rasulullah S.A.W., “Sesiapa yang makan tujuh buah tamar (kurma) di pagi hari (dan menurut satu lafaz: tamar dari Al-Aliyah) maka dia akan selamat dari bisa, racun dan sihir pada hari itu”. (Hadis riwayat Imam Bukhari 10/203, dan Imam Muslim)
KENAPA KHAL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN? 
KHAL kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan (awet muda) dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena dan vitamin P (bioflavonoid). KHAL juga dapat memotong lemak, memotong kolestrol, memotong asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di badan), memotong garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.
SEBAHAGIAN DARI HADIS NABI saw TENTANG KHAL 
Maksudnya : Imam Muslim meriwayatkan dalam hadis sahihnya dari Jabir Bin Abdullah (r.d.). Bahawasanya Rasulullah saw bertanyakan tentang hidangan lauk kepada kepada keluarga Baginda, lalu mereka menjawab : “Kami tidak mempunyai apa-apa pun melainkan KHAL”, lalu Baginda pun memintanya; lalu Baginda pun mengatakan: “Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”. (Dikeluarkan oleh Muslim 2052) 

Perhatian : Dalam hadis sahih di atas, Rasulullah saw mengulangi sebanyak dua kali perkataan 
( نعم الاءدام الحل ) Maksudnya (”Sebaik-baik hidangan adalah KHAL”). Dalam kitab-kitab perubatan Islam, ulamak perubatan Islam menyebutkan bahawa pengulangan sebanyak dua kali oleh Nabi saw ini adalah satu penegasan dan kepentingan KHAL untuk kesihatan umatnya.

PERHATIAN! 
Pertama: Kita dapat lihat sendiri bahawa Rasulullah saw dalam hadis di atas Maksudnya, “Ya Allah berkatilah pada KHAL”. Rasulullah saw memohon hajat kepada Allah agar diberkati amalan meminum KHAL, sudah pastilah doa Rasulullah ini dimakbulkan oleh Allah kerana Baginda adalah kekasihNya dan pastilah juga terdapat rahsia kepentingan KHAL oleh tubuh badan yang diciptakan oleh Allah SWT. 

Kedua: Hadis di atas ada menyebutkan perkataan Baginda saw ” maksudnya, “Sesungguhnya KHAL itu adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku”. Ia merupakan satu penegasan dari Baginda saw bahawa KHAL adalah minuman yang diamalkan sejak dahulu kala oleh nabi-nabi sebelum dari Nabi Muhammad saw lagi. Ini menunjukkan KHAL adalah “minuman kesihatan sunnah nabi-nabi” yang tidak boleh ditinggalkan oleh umat Islam demi hikmah, keistimewaan dan kesihatan yang cemerlang. 

Ketiga: Saranan atau galakan Rasulullah saw dalam hadis ini tentang sabda Baginda saw maksudnya “dan jangan terputus KHAL dalam suatu rumah”. Ini dapat kita fahami bahawa KHAL perlu sentiasa ada di rumah, sentiasa diminum oleh ahli keluarga di rumah tersebut. 

Perlu diambil perhatian yang lebih kepada sebarang doa dan suruhan, penegasan dan galakan dari Rasulullah saw kerana Baginda tidak akan bercakap sesuatu apa pun melainkan wahyu yang diwahyukan oleh Allah. Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Najmu, ayat 3 bermaksud “Dan tidaklah Muhammad itu berucap sesuatu dengan hawa nafsunya melainkan wahyu (Allah) yang diwahyukan,” Allah Maha Mengetahui kehendak tubuh badan manusia, diberitahu melalui Nabi saw untuk hambaNya. 

SEBAHAGIAN DARIPADA KENYATAAN KHAL OLEH ULAMAK PERUBATAN ISLAM SILAM. 

Kenyataan dari Saiyidina Ali (karramallah) " نعم الأدام الخل يكس المر ويحيي القلب " 
Terjemahannya : “Sebaik-baik hidangan ialah KHAL kerana dapat memecahkan lemak di badan dan menghidupkan hati.” Lihat dalam Kitab Perubatan Saiyidina Ali (k.w.) " طب الأمأم علي " oleh Muhsin Aqil, Darul Mahajjah Al-Baida’, Bairut, 1418, muka surat 320 - 325. 

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK PERUBATAN ISLAM TERKENAL IAITU IBNU SINA (TAHUN 370 - 428 H) DALAM KITAB BELIAU AL-QANUN FI AL-TIB ( القانون فئ الطب ) TAHQIQ DAN TA’LIQ OLEH SA’ID AL-LAHHAM, JUZUK 1, DARUL FIKRI, BAIRUT TAHUN 1414H, MUKA SURAT 908 - 909.
 
Terjemahannya : “KHAL dapat mencegah sebarang pembengkakan di badan (bisul, kanser), menyucikan darah, membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan, menjaga kulit dari kepanasan matahari, mengatasi masalah lemak-lemak di badan (kolesterol), menstabilkan asid dan garam di badan, membuang keracunan badan (toksik), masalah rahim, menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan”. 
(Lihat juga kitab Saidaliyyatu Ibnu Sina, ( صيدلية ابن سنا ) , Syarah dan Tak’lik oleh Ridho’ Ayash, Darus As-Surur, Bairut, Tahun 1420 H, muka surat 725 - 727) 

KEBAIKAN KHAL MENURUT ULAMAK ISLAM TERKENAL IAITU IBNU QAIYYIM AL-JAUZIYYAH (TAHUN 691 - 751 H) DALAM KITAB BELIAU AL-TIB AL-NABAWI ( طب النبوى ) DARUL KITAB AL’ARABI, BAIRUT 1410 H, MUKA SURAT 233. 
Terjemahannya: KHAL bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. KHAL dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). KHAL bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). 
(RAHSIA KELEBIHAN KHAL, SATU PENGALAMAN YANG MENGKAGUMKAN MELIHAT “ORANG ARAB DAPAT MAKAN KAMBING SEEKOR HANYA UNTUK DUA TIGA ORANG SAHAJA” )
KAEDAH UNTUK MAKAN KHAL TAMAR /CUKA KURMA
1.MAKAN SETIAP PAGI DAN MALAM AMBIL 1 SUDU
2.BOLEH  DILETAKKAN DALAM MAKANAN YANG DIMASAK
3.BOLEH  DILETAKKAN DALAM MINUMAN AIR SUAM ATAU AIR SEPERTI TEH O,TEH TARIK DAN LAIN-LAIN
4.MAKAN SELEPAS MAKAN MAKANAN YANG BERKOLESTROL SEPERTI KAMBING DAN LAIN-LAIN

1 BOTOL RM 15.00
HUBUNGI HAKIM=013-3070185

No comments:

Post a Comment

Post a Comment